Buat yang masih single, sila angkat kaki.....hehehehe. Jangan risau. jodoh anda masih belom sampai. mungkin anda boleh menggunakan petua ini juga. Siapa tahu... jeng jeng jeng...
Buat para isteri, bila lagi mahu mengeratkan kasih sayang?
hehhehhe.
Sama- sama lah kita praktikkan untuk memastikan perhubungan yang ada berkekalan...
Antara petuanya,
# Hormati Orang Tua
>> Bagi orang lelaki, orang tuanya amat penting. Tambahan pula, syurga bagi lelaki adalah dibawah tapak kaki ibu. Entah dimana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Paling mudah ketika berjumpa pastikan salam dan cium tangan orang tuanya. Tunduk ketika berjalan di hadapan orang tua, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat ye.
# Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya
>> Orang lelaki sukar untuk meluahkan perasaannya, walaupun tengah marah mereka masih 'cool'. Walaupun sesetengah perempuan rasa sikap lelaki itu annoying, but thats is their nature. Takkan nak lelaki yang mudah menangis pulak kan. Nanti dikatakan pula cengeng dan 'anak mak'. Lelaki lebih senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya kepada wanita. Sekiranya mereka menceritakan segala rahsia dan masalah yang dihadapi, itu bermakna si dia percayakan anda. So, jangan sia-siakan kepercayaan yang diberikan kepada anda.Jadilah seorang pendengar yang setia untuk si dia! Lelaki akan berasa gembira jika segala rahsia yang diceritakan selamat dengan anda.
# Jangan Terlalu Mengongkong
>> Buat para gadis sekalian,anda bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si dia. Anda mungkin akan berasa cemburu apabila melihat si dia keluar dengan perempuan lain, tapi janganlah anda melarang si dia keluar dengan perempuan lain. Mungkin mereka keluar atas urusan kerja dan bukan urusan peribadi.
Buat si isteri, even anda dah berkahwin, anda tetap tidak boleh mengongkong si dia. Lelaki ini cepat rimas sekiranya ada wanita yang cuba mengongkong dan menghalang setiap perkara yang dia minat dan suka lakukan. Sekiranya apa yang dia lakukan adalah salah,tegurlah dengan baik.
# Hargai mereka.
>> Lelaki memang terkenal dengan sikap ego mereka. Mereka mahu dihargai walaupun apa yang dilakukan tidak memadai. Contohnya mengangkat kain di ampaian. Ucapkan lah terima kasih. Mudah sahaja.
# Mengambil berat dan beri perhatian.
>> Sebenarnya, lelaki ni gemar diberi perhatian. Walaupun akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Buat si isteri, suami anda akan senang jika anda mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya. Andai si dia bukan jenis begini, tiada salahnya sekiranya anda mencuba kan? Berasa banggalah melihat kesayangan anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.
# Jadilah Diri Anda Sendiri
>>Akhir sekali, jadilah diri sendiri. Tidak perlu untuk meniru mana-mana artis mahupun kawan anda disekeliling. Tunjukkan keistimewaan anda.Kalau semua orang berperangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Yakinlah dengan diri sendiri dan sekiranya sidia ditakdirkan untuk anda, tidak akan lari gunung dikejar bukan. Fikir-fikirkan...





Tiada ulasan:
Catat Ulasan