BAB 1
Keriuhan di Restoren
Melati tidak dapat menenangkan hati Zulaikha. Walaupun lagu yang
berkumandang merupakan lagu favourite nya, A Thousand Year nyanyian
Christina Peri, tak dapat menyejukkan hatinya yang terbakar.
“ Saya tak nak kawin dengan awak. Saya tak kenal pun awak. Kenape tibe2 je awak hantar rombongan meminang? Ape niat awak? Awak nie siapa sebenarnye? Kenape awak buat saya mcm nie?” sebal sungguh zulaikha dengan lelaki yang berada di depan nya yang tidak memberi sebarang reaksi dari tadi.
'dia boleh buat dek
je? Nie nak cari gaduh ni.
Ini semua berpunca
dari rombongan meminang yang tidak diketahui dari mana tiba-tiba
mendapat persetujuan ayah zulaikha. Tiada angin tiada ribut dengan
tidak semena-mena zulaikha kini bergelar tunang org. Tunang kepada
lelaki yang bernama Farish Adli. Lelaki yang tidak pernah dia kenali.
Sesiapa pun yang berada di tempatnya pasti akan merasa pelik.
Tambahan pula, ayah nya, Nik Kamarulzaman memberi persetujuan tanpa
berbincang dengan dia terlebih dahulu.
Siapa yang tidak mengenali ayahnya yang memang terkenal dengan ketegasannya dan keras kepala. kalau A, A lah jawabnya. Tidak akan sekali kali menjadi B. Tidak ada siapa yang mampu mengubah keputusannya. Inikan pula Zulaikha. Memang tidak sanggup baginya untuk bertegang urat dengan ayahnya. cukup lah sekali.
“kalau awak tak nak
cakap pape, saya balik dulu lah.”
Zulaikha mula bangun
untuk beransur pergi. Tak sanggup lagi dia duduk di situ walau
seminit. Rase seperti mahu je dia ikat lelaki tu kat kerusi dan bakar
kedai tu.
' Awak, tunggu lah
sekejap.' akhirnya Farish bersuara. Dia sengaja mahu menduga
kesabaran Zulaikha.
Baginya Zulaikha cukup
manis walaupun tengah marah. Jika dia ditempat Zulaikha pasti dia
juga akan merasa marah. Tapi apakan daya, gadis itu telah mencuri
hatinya dari pertama kali dia terpandang. Sememangnya bagi pemuda
moden seperti Farish Adli, dia memang tidak percaya pada cinta
pandang pertama tapi apakan daya, cinta itu datang tanpa diduga.
' Lepaskan tangan
saya! Awak tu cuma tunang, belum lagi jadi suami saya. Saya tak suka
awak pegang seseka hati '. Memang menjadi kepantangan kepada Zulaikha
jika dia disentuh orang yang tidak dikenali. Walaupun dia tahu yang
dia bukan seorang yang 'sempurna'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan