Ingat tak entry sblm nie pasal DIET?
Biasela, x de keje sy google petua untuk diet. Jumpa la Green Tea.
Excited sangat balik keje trus g Giant bli jename BOH Green Tea.
Tapi ble balik rasenye wekkk. Pahit.
Saya tak putus asa, olah gne lemon dengan daun pudina. Perhhh baru sedap,
Tau tak sebenarnye Green Tea nia ade banyak lagi kelebihannya..
>>Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap.Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.
2) Kolestrol
>> Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.
3) Penjagaan Kulit
>> Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.
4) Reputan pada Gigi
>> Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.
5) Pesakit Diabetes
>> Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.
6) Tekanan Perasaan
>> Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.
>> 'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapatmenyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.
8) Alzheimer dan Parkinson
>> Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan