Khamis, 26 Februari 2015

GREEN TEA dan kelebihannya

Ingat tak entry sblm nie pasal DIET? 

Biasela, x de keje sy google petua untuk diet. Jumpa la Green Tea.
Excited sangat balik keje trus g Giant bli  jename BOH Green Tea. 

Tapi ble balik rasenye wekkk. Pahit.





 Saya tak putus asa, olah gne lemon dengan daun pudina. Perhhh baru sedap,

Tau tak sebenarnye Green Tea nia ade banyak lagi kelebihannya..


1) Mengurangkan Berat Badan 
>>Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap.Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 

2) Kolestrol
>> Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

3) Penjagaan Kulit
>> Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

4) Reputan pada Gigi
>> Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 

5) Pesakit Diabetes
>> Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

6) Tekanan Perasaan
>> Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

7) Antibakteria.
>> 'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapatmenyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

8) Alzheimer dan Parkinson
>> Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.


  







PUNCA DIET ANDA TIDAK BERJAYA

Punca DIET anda gagal..



Masalah yang sering timbul ketika melakukan program diet adalah kerana tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Keadaan inilah yang menyebabkan berat badan anda statik pada jarum penimbang. Walau bagaimanapun, bukan hanya ‘lapar mata’ tetapi ada lagi masalah lain yang menyebabkan berat badan tidak turun. Ketahui 9 punca berikut:

TIDAK PERNAH KENYANG

• Jika anda makan dan tidak pernah kenyang, cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan. Ambillah makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur. Jangan lupa, pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda merasa kenyang semasa makan.

TIADA MASA UNTUK BERSENAM

• Apabila anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh memperbanyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, turun naik tangga dan elakkan daripada menggunakan lif di pejabat. Selain itu, apabila menonton televisyen, jangan sesekali menggunakan alat kawalan untuk menukar rancangan lain. Sebaliknya, cubalah berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menggantikan rancangan lain.

DIET DENGAN JENIS DARAH

• Diet mengikut jenis darah masih belum diuji secara klinikal. Ini kerana tidak semua yang mengamalnya berjaya dalam menurunkan berat badan. Anda perlu tahu, seseorang itu mempunyai keunikan masing-masing dan tidak semua diet sesuai untuk semua orang. Paling penting, lakukan diet yang seimbang dan ambillah zat gizi yang diperlukan oleh badan.
INGIN BERAT BADAN STABIL

• Untuk menjaga berat badan agar tetap stabil, anda perlu berteraskan kepada diet dan senaman. Bahkan seseorang yang sudah mempunyai berat ideal tetapi dengan cara yang singkat – menyedut lemak (tidak melakukan diet dan senaman), boleh menyebabkan berat badan akan bertambah di kemudian hari. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan kekal langsing dengan diet segera.


BADAN TERASA BERAT

• Pastikan anda mengetahui berat ideal anda. Jika anda tergolong dalam berat badan ideal tetapi badan terasa ‘berat’, anda sebenarnya kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan regangan otot atau senaman ringan secara teratur pasti badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari. Jadi perhatikan berat badan anda dengan ketinggian. Jika berat badan anda tidak ideal, anda perlu lakukan sesuatu.

KAWAL ‘LAPAR MATA’

• Anda mempunyai hobi ‘suka makan’ dan tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Biasanya, ‘lapar mata’ adalah orang yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak. Walaupun snek diperlukan tetapi pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya. Pastikan jadual makan sehari anda adalah 3 kali hidangan makan dengan 2 kali snek.


 BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH

• Terlalu yakin bahawa berat badan boleh turun dengan buah atau jus buah sahaja? Sebenarnya, diet dengan jus buah tidak digalakkan terutamanya untuk jangka masa panjang. Lebih baik anda mengambil potongan buah berbanding jus.

• Selain itu, buah juga hanya mengandungi karbohidrat, beberapa vitamin dan mineral. Sedangkan badan anda memerlukan zat gizi lain. Kekurangan satu zat gizi dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Cukuplah dengan mengamalkan diet jus buah selama 1-2 hari sahaja.

SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK

• Tidak salah mengunyah snek tetapi pilihlah snek yang sihat. Contohnya, gantikan kacang goreng dengan kacang rebus dan gantikan minuman berkalori dengan dengan air putih. Pastikan juga hidangan snek dalam sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.

SASARAN YANG TIDAK LOGIK

• Kadang kala, sasaran yang anda letakkan dalam berdiet juga tidak logik. Ingin menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan itu sangatlah mustahil. Jika anda berjaya melakukannya, anda pasti mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh. Ini berbahaya kerana kita perlu kurus secara sihat dan selamat. Pastikan sasaran anda adalah logik dan realistik.




Khamis, 29 Januari 2015

CARA SIMPLE TAPI PASTI MENAMBAT HATI LELAKI

Buat para gadis di luar sana,nak x petua menambat hati yang tersayang??
Buat yang masih single, sila angkat kaki.....hehehehe. Jangan risau. jodoh anda masih belom sampai. mungkin anda boleh menggunakan petua ini juga. Siapa tahu... jeng jeng jeng...
Buat para isteri, bila lagi mahu mengeratkan kasih sayang? 
hehhehhe.
Sama- sama lah kita praktikkan untuk memastikan perhubungan yang ada berkekalan... 

Antara petuanya,

# Hormati Orang Tua

>> Bagi orang lelaki, orang tuanya amat penting. Tambahan pula, syurga bagi lelaki adalah dibawah tapak kaki ibu. Entah dimana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Paling mudah ketika berjumpa pastikan salam dan cium tangan orang tuanya. Tunduk ketika berjalan di hadapan orang tua, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat ye.

# Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya

>> Orang lelaki sukar untuk meluahkan perasaannya, walaupun tengah marah mereka masih 'cool'. Walaupun sesetengah perempuan rasa sikap lelaki itu annoying, but thats is their nature. Takkan nak lelaki yang mudah menangis pulak kan. Nanti dikatakan pula cengeng dan 'anak mak'. Lelaki lebih senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya kepada wanita. Sekiranya mereka menceritakan segala rahsia dan masalah yang dihadapi, itu bermakna si dia percayakan anda. So, jangan sia-siakan kepercayaan yang diberikan kepada anda.Jadilah seorang pendengar yang setia untuk si dia! Lelaki akan berasa gembira jika segala rahsia yang diceritakan selamat dengan anda.


Jangan Terlalu Mengongkong


>> Buat para gadis sekalian,anda bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si dia. Anda mungkin akan berasa cemburu apabila melihat si dia keluar dengan perempuan lain, tapi janganlah anda melarang si dia keluar dengan perempuan lain. Mungkin mereka keluar atas urusan kerja dan bukan urusan peribadi.
Buat si isteri, even anda dah berkahwin, anda tetap tidak boleh mengongkong si dia. Lelaki ini cepat rimas sekiranya ada wanita yang cuba mengongkong dan menghalang setiap perkara yang dia minat dan suka lakukan. Sekiranya apa yang dia lakukan adalah salah,tegurlah dengan baik.


# Hargai mereka.

>> Lelaki memang terkenal dengan sikap ego mereka. Mereka mahu dihargai walaupun apa yang dilakukan tidak memadai. Contohnya mengangkat kain di ampaian. Ucapkan lah terima kasih. Mudah sahaja. 



Mengambil berat dan beri perhatian.


>> Sebenarnya, lelaki ni gemar diberi perhatian. Walaupun akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Buat si isteri, suami anda akan senang jika anda mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya. Andai si dia bukan jenis begini, tiada salahnya sekiranya anda mencuba kan? Berasa banggalah melihat kesayangan anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.

Jadilah Diri Anda Sendiri

>>Akhir sekali, jadilah diri sendiri. Tidak perlu untuk meniru mana-mana artis mahupun kawan anda disekeliling.  Tunjukkan keistimewaan anda.Kalau semua orang berperangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Yakinlah dengan diri sendiri dan sekiranya sidia ditakdirkan untuk anda, tidak akan lari gunung dikejar bukan. Fikir-fikirkan...





Apa pandangan anda?

TEKA TEKI LAWAK

Masa kecik dulu,tak ade gadget2 macam zaman sekarang ni. Sume manual je. Tapi cuba tengok anak-anak zaman sekarang, Phone tak lepas dari tangan. Baru 6tahun dah ade Facebook, Twitter dan Instagram.

Mase zaman kita dulu, umur 6tahun masih lagi main kejar-kejar,galah panjang dan tenteng. Cube tanye budak zaman sekarang tau tak apa itu Tenteng? Confirm tak tau punya lah. Semuanya makin dilupakan.

Ingat tak dulu klu time malam-malam tak tau nak buat ape, mase tu akan ade macam-macam idea. Yang bestnye main teka-teki. Sape salah kne baling dengan bantal. kalau tak pun kne jentik kat dahi. mase tu memang best giler.



Ingat tak teka-teki tu lagi?
 Antara koleksi teka-teki yang saya masih ingat sampai sekarang,.....

1) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?

2) Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?

3) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan?

4) Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

5) Binatang apakah yang paling kaya didunia?

6) Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

7) Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

8) Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

9) Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

10) Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Rasenye korang dapat tak jawapan nye?? Nk tau x jawapan korang tu betul ke x?

Nie jawapannye...

1) Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanya kacang panjang aaa...
2) Penguin
3) Misai
 4) Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
5) Beruang (sebab binatang ni ber wang)
6) Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..
7) Buang tebiat
8) Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
9) Stokin tu basah lah….
10) Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Macam mane? betul x jawapan korang?? hehhehe


Rabu, 28 Januari 2015

TIDAK SEMPURNA UNTUKMU.

BAB 1

Keriuhan di Restoren Melati tidak dapat menenangkan hati Zulaikha. Walaupun lagu yang berkumandang merupakan lagu favourite nya, A Thousand Year nyanyian Christina Peri, tak dapat menyejukkan hatinya yang terbakar.

“ Saya tak nak kawin dengan awak. Saya tak kenal pun awak. Kenape tibe2 je awak hantar rombongan meminang? Ape niat awak? Awak nie siapa sebenarnye? Kenape awak buat saya mcm nie?” sebal sungguh zulaikha dengan lelaki yang berada di depan nya yang tidak memberi sebarang reaksi dari tadi.

'dia boleh buat dek je? Nie nak cari gaduh ni.

Ini semua berpunca dari rombongan meminang yang tidak diketahui dari mana tiba-tiba mendapat persetujuan ayah zulaikha. Tiada angin tiada ribut dengan tidak semena-mena zulaikha kini bergelar tunang org. Tunang kepada lelaki yang bernama Farish Adli. Lelaki yang tidak pernah dia kenali. Sesiapa pun yang berada di tempatnya pasti akan merasa pelik. Tambahan pula, ayah nya, Nik Kamarulzaman memberi persetujuan tanpa berbincang dengan dia terlebih dahulu. 

Siapa yang tidak mengenali ayahnya yang memang terkenal dengan ketegasannya dan keras kepala. kalau  A, A lah jawabnya. Tidak akan sekali kali menjadi B. Tidak ada siapa yang mampu mengubah keputusannya. Inikan pula Zulaikha. Memang tidak sanggup baginya untuk bertegang urat dengan ayahnya. cukup lah sekali.

“kalau awak tak nak cakap pape, saya balik dulu lah.”

Zulaikha mula bangun untuk beransur pergi. Tak sanggup lagi dia duduk di situ walau seminit. Rase seperti mahu je dia ikat lelaki tu kat kerusi dan bakar kedai tu.

' Awak, tunggu lah sekejap.' akhirnya Farish bersuara. Dia sengaja mahu menduga kesabaran Zulaikha.

Baginya Zulaikha cukup manis walaupun tengah marah. Jika dia ditempat Zulaikha pasti dia juga akan merasa marah. Tapi apakan daya, gadis itu telah mencuri hatinya dari pertama kali dia terpandang. Sememangnya bagi pemuda moden seperti Farish Adli, dia memang tidak percaya pada cinta pandang pertama tapi apakan daya, cinta itu datang tanpa diduga.

' Lepaskan tangan saya! Awak tu cuma tunang, belum lagi jadi suami saya. Saya tak suka awak pegang seseka hati '. Memang menjadi kepantangan kepada Zulaikha jika dia disentuh orang yang tidak dikenali. Walaupun dia tahu yang dia bukan seorang yang 'sempurna'.




Isnin, 2 Jun 2014

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN

salam uoolllss,
cerita nie sy copy paste dr facebook... menyentuh hati sngt :(

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-
“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-
“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-
“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
———————————————————————————–
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-
“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….


P.S:HARGAILAH APA YANG KITA ADA.
SAYANGILAH SELAGI DIBERI PELUANG

Khamis, 22 Mei 2014

Kuih Rya Homemade Kak Nur

Assalamualaikum... 

Hai semua, tak lame lagi dh nak raya, mest kita nak survey2 kuih raya kan?
Sekarang nie kan dh jadi tren buat tempahan kuih raya melalui online. Senang saja semuanyakan dihujung jari :)
Anda sume pernah dengar kuih raya Biskut Raya Homemade Kak Nur?
Kuih raya homemade dibuat 100% guna butter, sedap dan rangup " kuih raya yang hancur di mulut bukan di tangan


Sekarang nie sy jadi ejen Biskut Raya Homemade Kak Nur, klu ade sesiapa yang berkenan dengan kuih raya saya nie boleh la wassap sy di 0123257365.






Nampak sedap kan? ade lagi....
sila lah pilih semuanya sedap2 belaka :)












 Masih memilih??
tengok yang nie pulak :)







klu nak tanye saja pun boleh
tapi.....
kne cepat tempahan akan ditutup 1 ramadan.
marilah semua, jangan lepaskan peluang ini :)